Manusia Bersifat Haiwan


Hamba Allah itu jika sifat insaniahnya punah lahirlah sifat haiwaniahnya

Rupanya manusia jiwanya haiwan

Wajahnya manusia tabiatnya binatang

Berbagai-bagai haiwan ada di dalam jiwa insan

Tabiat babi, buruk makan dan sangat membawa kekotoran

Tabiat anjing adalah tamak, apa sahaja hendak dijadikan rebutan

Akhirnya berkelahi sesama insan, macam anjing mendapat tulang

Bertabiat kuda, suka menendang

Menggambarkan keangkuhan dan kesombongannya

Bertabiat lembu atau kerbau, bodohnya dan bebal payah diajar

Di dalam bodoh-bodoh pun suka menanduk sekalipun tuannya

Bertabiat musang, suka menipu daya

Kerja musang mencuri dan mengambil ayam-ayam dan buah pisang orang

Begitulah manusia yang bersifat musang, suka sahaja menipu orang

Bertabiat singa, garang dan menerkam

Manusia yang suka menzalim dan menganiaya orang

Tanpa belas kasihan

Yang penting mendapatkan mangsanya agar perut kenyang

Bertabiat ular sawa, apabila kenyang aktif tiada

Suka tidur-tidur sahaja

Begitulah manusia ada yang apabila terlalu kenyang, malas pun tiba

Suka tidur dan rehat-rehat sahaja

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi